Pages

Sunday, 20 July 2014

Persediaan dan Penjagaan pesakit semasa di ward Bone Marrow Heamatologi Transplant



Kalau anda datang ke ward transplant, perkara pertama yang anda nampak adalah gambar ni.. kenapa??? Oke, sebelum aku celoteh panjang sebenarnya dah lama kan aku x update pasal haematology. Ade penjaga pesakit yang request aku post entry mengenai penjagaan pesakit selepas transplant ni. Sebelum tu aku nak update dulu pasal penjagaan pesakit semasa di ward.

Sebelum itu, apa kata kita sedekahkan surah al Fatihah kepada mangsa nahas Flight MH17. Aku masih bersedih. Redha atas ketentuan ilahi. Percaya pada qada dan qadar yang telah ditetapkan. Co-pilot yang berada dalam flight merupakan kawan sekelasku semasa sekolah dahulu. Begitu juga balu yang ditinggalkan juga merupakan rakan sekelasku waktu sekolah dahulu. Semoga beliau tabah menghadapinya ujian ini.
Di samping itu, jangan kita lupa sedekahkan al-Fatihah kepada syahid di bumi Palestin sana.

~~~~

Kenapa aku mulakan entry kali ni dengan gambar tersebut. Banyak pelawat yang tidak faham mengapa ward ini adalah ward yang dilarang dilawat. Sebab

Sebab ni.. keputusan darah pesakit sangat abnormal. WBC atau sel darah putih adalah 0. Jadi potensi pesakit untuk mendapat jangkitan kuman adalah sangat tinggi.

Lihat pula carta demam ni. Tinggikan demam pesakit yang berada di dalam ward especially semasa WBC masih belum kembali normal.

Senarai keperluan yang perlu dibawa
Jika anda di jadualkan untuk menjalani rawatan disini antara keperluan yang anda perlukan sepanjang sebulan anda admit adalah

*Pesakit dan penjaga
-Baju sejuk 2 3 4 helai
-Baju lengan panjang
-cawan, sudu
-selipar yang selesa
-barang keperluan peribadi
-laptop, game untuk mengelakkan bosan

Hanya penjaga wanita dibenarkan untuk menjaga dan bermalam di ward. Jika penjaga adalah lelaki - tidak dibenarkan bermalam di ward tetapi di dorm yang telah ditetapkan.
Ward memang bersuhu seperti berada di Genting Highlands. So, kena mentally and physically prepare. Sebab tu awal-awal sudah dinasihatkan untuk membawa baju sejuk yang super tebal jika anda tidak tahan pada kesejukan. Tiada bilik yang panas kecuali pantri penjaga dan bilik basuhan.


Sentiasa ingat ini. Perlu memakai kasut yang bersih semasa berada dalam kawasan ward. Almari kasut di luar untuk kasut kotor dan almari kasut di dalam untuk kasut bersih.


Sebelum membawa barangan kepada pesakit anda perlu wipes dahulu dengan alatan yang telah disediakan.


Apron juga dan mask adalah WAJIB dipakai semasa berada didalam bilik pesakit tidak kira anda mahu berada sekejap atau lama.
Selain itu, penjaga juga diharuskan memakai baju hijau pesakit di ward bertujuan untuk memudahkan pergerakan di dalam ward. Jadi anda tidak perlu menukar apron setiap kali keluar masuk bilik pesakit.


Gambar rajah ini dilekatkan sebelum anda memasuki ke dalam bilik pesakit. PERLU mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Terdapat satu botol alcohol hand rub di setiap sebelah pintu bilik pesakit di mana anda perlu menggunakannya sebelum memasuki bilik pesakit.


Keputusan darah pesakit akan di kemaskini setiap hari di board ini.


Ini adalah contoh menu yang terdapat di ward haematology transplant. Setiap pagi staf incharge akan memberi pesakit menu untuk keesokan hari. Makanan hanya untuk pesakit. Penjaga tidak dibekalkan. Dan ingat, penjaga adalah dilarang untuk makan di dalam bilik pesakit.
Selalunya selepas high dose chemotherapy pesakit tidak mempunyai selera makan. Mereka mungkin mahukan sesuatu yang tiada dalam menu. Penjaga dibenarkan memasak tetapi barang keperluan memasak perlu dibawa sendiri dan diletakkan di pantry penjaga.


Alhamdulillah, baru-baru ni seorang taukeh lada sulah di Sarawak telah menyumbang ini untuk penggunaan penjaga. Semoga bisnes beliau terus sukses. Untuk pesakit jangan risau.. setiap bilik memang dibekalkan air pancuran panas.
Adalah diingatkan juga, penjagaa DILARANG untuk menggunakan bilik air pesakit. Ini adalah kerana pesakit diward diberi high dose chemotherapy yang juga disingkirkan melalui proses perkumuhan. Jadi tujuan melarang penjaga berkongsi bilik air adalah untuk mengelakkan pendedahan kepada sisa chemotherapy.


Ini pula adalah kerja sekolah pesakit. Setiap intake dan output perlu dicatatkan dengan tepat. Jangan tipu atau malas. Kerana setiap pagi jika intake output tidak balance maka ubat lasix adalah jawapannya.


Jangan risau tentang suhu sejuk diward. Air panas sentiasa available di ward. Perlu diingatkan bahawa setiap makanan dan minuman harus dimasak terlebih dahulu. Pesakit tidak dibenarkan menggunakan air panas hospital di pantry penjaga. Air akan dimasak didalam ward onset pesakit memerlukannya.


Jika anda selalu keluar masuk ward semestinya anda sudah biasa dan tahu perbezaan antara kedua tong sampah ini. Yang biru untuk sampah sarap biasa manakala yang kuning untuk sisa klinikal.


Banyak sangat pantang larang di ward ni kan. Percayalah setiap pantang larang ini adalah untuk memastikan untuk kebaikan pesakit. Ia tidak mudah jika anda rasa ia sukar. Ia akan menjadi mudah jika anda mengikuti setiap yang dinyatakan.
Jika ia sukar untuk anda percayalah ia adalah lebih sukar untuk kami.
Yang paling penting datang dengan niat untuk sembuh. Untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat akan datang. Positifkan diri.
Kaunseling akan diberikan kepada pesakit dan keluarga sebelum masuk kedalam ward, semasa berada didalam ward dan sebelum discharge daripada ward. Ini adalah kerana penjagaan yang sempurna perlu diberikan untuk mengelakkan sebarang masalah akan datang.
Kita hanya berusaha. .yang lebihnya serahkan pada Allah.
Insya Allah. ....




Sharing is caring

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment