Pages

Thursday, 24 July 2014

Penjagaan pesakit selepas pemindahan sum-sum tulang

Salam hari-hari terakhir Ramadan. ..

Ape khabar semua.. harap sihat untuk menyempurnakan tinggal beberapa hari je lagi Ramadan tahun ini. Masih adakah Ramadan ini untuk kita tahun hadapan?? Insya Allah. Hanya Allah yang tahu.

Lame jugak aku baru teringat nak update pasal benda ni. Maaf ye. Busy sikit. Aku mencari kesempatan waktu untuk menaip ni.

Penjagaan pesakit selepas pemindahan sum-sum tulang (bone marrow transplant (bmt))

Biasanya jika anda (pesakit) akan discharge pertama kali selepas bmt, doktor dan cik jururawat semua akan memastikan anda dan penjaga diberi kaunseling dan nasihat cara-cara untuk memastikan penjagaan yang terbaik diberikan untuk mengelakkan kesan sampingan selepas melakukan bmt ni. Jadi jangan risau, janji kami penjagaan yang terbaik untuk anda.
Disini ingin saya kongsikan sedikit tatacara dan tertib penjagaan pesakit selepas keluar daripada ward.
Mungkin banyak don't dari do kat sini. Percayalah setiap don't yang kami beritahu adalah yang terbaik untuk anda. Selepas menjalani high dose chemotherapy. Setelah pelbagai susah payah pahit getir yang telah anda lalui selama hampir 1 bulan or more di dalam ward, bukan niat kami untuk menyusahkan anda lagi apabila keluar daripada ward. Malah anda perlu terus menjaga setiap perinci tertib yang telah kami terangkan sebelum anda setuju untuk menjalani bmt ini lagi. Keluar daripada ward bukanlah tiket untuk anda hooreyyyy"""
Meh kita cuba berkongsi

1) Penjagaan kesihatan berterusan
Jika anda rasa tidak sihat seperti demam, sakit perut, cirit-birit, hilang selera makan dan lain-lain lagi pastikan anda segera telefon ward dan kebiasaannya jururawat akan menyuruh anda untuk datang ke ward terus atau hospital berdekatan segera.
Pastikan anda TELEFON dulu sebelum datang ke ward supaya kami akan bersedia untuk anda masuk kedalam ward. Malah kami akan cuba memberi kaunseling melalui telefon dahulu jika sakit anda masih boleh dirawat dirumah.
Ni nombor ward incase ade yang terlupa
Ward +60342896194 (direct line)

2) Beli jangka suhu (termometer)
Kebiasaannya, pesakit selepas discharge alan mengalami demam, ini supaya anda senang untuk memeriksa suhu semasa dirumah atau dimana sahaja anda berada. Temp 37.5 -37.7 adalah demam sederhana dan jika lebih dari 37.8 adalah demam tinggi.
Jika anda demam anda dinasihatkan ambil panadol 2 biji dan check semula suhu badan selepas 30 - 1jam. Jika masih demam atau demam semakin tinggi sila call ward dengan segera.

3) Sentiasa membawa buku anda kemana sahaja.
Ingat. Buku ini penting. Kira ianya seperti kad pengenalan anda. Dibuku ini dicatat setiap perawatan dan jenis perawatan yang telah anda terima di ward. Jika anda ke hospital ampang dan terlupa membawa buku mungkin tidak apa kerana semua data ada disimpan di dalam sistem tetapi jika anda ke hospital atau klinik lain ia mingkin berbahaya untuk anda kerana anda mungkin alah kepada ubatan tertentu.

4) Ubatan
Untuk pesakit autologous transplant kebiasaannya tidak banyak ubat yang perlu diteruskan selama anda dirumah.
Untuk pesakit allogenic transplant ada ubat yang biasanya setiap doktor dan nurse yang ada kat ward tu sering beri penekanan. Iaitu ubat anti rejection. Oral Cyclosporin atau biasa kita duk sebut CSA.
Ubat ni perlu diambil masa yang sama setiap hari kerana ubat ini akan menjadi toksik dalam badan jika tidak diambil pada kadar waktu yang sama. Ubat ini adalah yang PALING PENTING bagi anda. Anda mungkin boleh lupa untuk makan nasi tapi anda tidak boleh terlupa untuk mengambil ubat ini. Tgk perbandingan yang aku buat menunjukkan betapa pentingnya ubat ini. Ubat ini perlu diambil dalam jangka masa panjang dan akan ditambah atau dikurangkan mengikut progress penyakit anda.

5) TCA @ temu janji perlu anda patuhi
Biasanya selepas keluar dari ward anda perlu datang ke daycare transplant setiap minggu. Untuk pengambilan spesimen darah dan level ubat dalam darah anda. Anda diingatkan untuk memastikn TIDAK mengambil dahulu ubat CSA sebelum darah anda diambil. Jika anda tidak dapat menghadirkan diri ke daycare anda hendaklah menghubungi daycare swhari sebwlum atau pagi sebelum temujanji untuk memastikan temujanji yang lain dapat dilakulan.
Daycare transplant +0342896561

6) Pemakanan
Anda harus terus menjaga pemakanan anda selepas keluar daripada ward. Pemakanan selepas transplant aku pernah update dahulu. Cube check disana.
The most important yang biasanya kami tekankan ialah memastikan makanan yang dimakan benar-benar bersih. Biasanya aku akan nasihatkan pesakit untuk tidak membeli makanan ditepi-tepi jalan, di pasar malam, kedai-kedai makan yang terbuka dan kotor, evan burger yang jual tepi jalan tu. Emmmm... kecuali anda benar-benar yakin atas tahap kebersihannya. Bila last kuali yang dipakai dibasuh. Adakah makanan yang dijual benar-benar fresh bukan yang di perangat. Adakah mereka membasuh dengan sempurna bahan basah yang mereka akan masak? Adakah air yang digunakan adalah air yang telah dimasak dengan sempurna?? Semua ini anda perlu tanya pada diri anda jika mahu makan diluar.
Sebab tu, aku biasanya nasihatkan pesakit makan makanan yang dimasak dirumah. Dimasak sendiri oleh ahli keluarga atau penjaga yang pasti akan benar-benar menjaga serta patuh sepenuhnya demi untuk menjaga kesihatan pesakit.
Ingat masakan rumah adalah yang terbaik. Ape yang penting makanan itu bersih, fully cook dan tidak di perangatkan.
Sekali anda terkena keracunan makanan seperti cirit birit ia sangat susah untuk merawatnya. Anda mungkin akan kembali bermastautin di ward sejuk tu.

7) Penjagaan Hickmann Catheter

Jika pesakit pulang ke rumah dengan line ni. Extra care perlu diberikan. Line ini terus kedalam jantung pesakit. Jadi jika ia terdedah kepada kuman dan kotoran ia adalah sangat-sangat bahaya pada pesakit.
-Anda tidak dibenarkan mandi kolam, atau berendam, mandi laut.
-sentiasa memastikan line tidak kotor dan sentuh sesuka hati.
-pastikan anda sentisa berhati-hati terutama waktu tidur untuk mengelakkan kejadian seperti line ini tercabut semasa pesakit tidur.
-sentisa memeriksa kawasan kemasukan line dari sebarang perubahan dari segi warna, bengkak, sakit
*jika anda demam, chills, rigor, yang berterusan sila datang ke ward atau daycare dengan kadar segera.

8) Topi, shades, baju dan seluar panjang
Setiap kali keluar daripada rumah, terutama pada waktu siang pastikan pakai semua keperluan ini. Cahaya matahari adalah tidak baik untuk kulit anda selepas radioterapi dan kemoterapi.
Jika boleh elakkan dari keluar terutama pada waktu tengah hari. Keluar pada waktu pagi atau petang untuk ambil angin luar dan pakai semua protection tu ye..

9) Selalu pakai mask
Jika anda keluar daripada rumah, evan didalam rumah jika ahli keluarga sedang mengemas rumah dan berhabuk, pakailah mask. Tambahan jika ada ahli rumah yang tidak sihat atau ramai datang melawat anda ke rumah jangan sesekali lupa pakai mask ni. Sebagai protection. Tambahan raya yang bakal tiba nanti. Mesti ramai yang akan datang berkunjung kerumah.

10) Haiwan peliharaan
Untuk awal-awal anda keluar daripada ward biasanya elakkan daripada menjaga haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya. Terdapat kutu atau hama pada badan haiwan peliharaan yang membahayakan anda.

11) Sex @ hubungan kelamin
Untuk pasangan yang telah berkahwin ini adalah perkara penting yang perlu dibincangkan. Kebiasaannya nurse dan doktor sudah awal-awal lagi memberi penerangan kepada anda mengenai perkara ini. Ia juga adalah soal peribadi. Jadi aku tak akan bincangkan disini. Boleh pribate mesej aku atau boleh tanya bila-bila masa di ward. Atau pada sesiapa senior staf di haematology team.

12) Kebersihan
Di samping itu, jangan lupa menjaga kebersihan. Anda masih perlu mandi setiap hari. Cuma tak adalah seperti di ward perlu mandi awal pagi. Cuma pastikan mandi dan bersihkan diri setiap hari.

Ini adalah antara kaunseling yang diberikan sebelum anda melangkah keluar dari ward. Kebiasaannya hampir 30 min masa diambil untuk memberi penerangan ni. Dan pesakit memang suka bertanya pasal makanan. Apa boleh makan. Boleh makan ini x. Itu x. Macam-macam lagilah. Tak ape. Tanya je. Insya Allah selagi kami boleh jawab kami akan jawab.
Aku selalu ingatkan pesakit supaya sentiasa dan teuskan penjagaan diri selepas keluar dari ward. Mungkin fizikalnya kita rasa sihat. Jadi untuk meneruskan kesihatan itu do nad don't ini perlu dijaga. Ingat anda sudah menempuh susah payah sepanjang high dose chemotherapy yang anda jalani. Malah ada satu waktu anda tidak boleh menelan air pon. Demam yang tidak kebah. Adakah anda mahu menjalani lagi sekali pengalaman penuh onak ranjau ini.
Memang mudah untuk berkata-kata. Bukan kita yang rasa. Tetapi selama 5 tahun bekerja di ward ini pelbagai macam aku telah lihat. Aku bercakap berdasarkan pengalaman.
Ini semua ujian. Allah tidak akan menurunkan ujian jika tidak sesuai dengan kesanggupan hambanya. Setiap ujian Allah adalah penghapus dosa. Sentiasa ingat ada mereka yang diuji dengan lagi besar ujiannya.

Sabar...
Tabah...
Berusaha. ..
Doa....
Tawakal.....
Insya Allah. .........



Sharing is c

posted from Bloggeroid

8 comments:

  1. Ya Allah amat berguna penerangan sis semoga Allah memberi ketabahan dalam perkerjaan yang mulia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabah and happy sgt jd org terpilih kerja bahagian ni.. 😊

      Delete
  2. Selepas transplant untuk perempuan, mereka tak kan datang period . Pada masa akan datang adakah mereka di beri suntikan hormon ? Betul ke mereka tidak akan menerima zuriat selamanya ? Pernah ke pesakit selepas transplant menerima zuriat walaupun pada awalnya dr ada maklumkan bahawa mereka akan mempunyai masalah hormon dan mandul .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaan pesakit tidak akan menses untuk satu jangka masa. Tp ia bergantung kepada individu. Ada yg kitaran haid nya datang semula lebih cepat dan ada sebaliknya. Biasanya kita tidak beri suntikan hormon.
      Untuk menjawab pertanyaan berkaitan zuriat izinkan sy memberi pendapat kita usaha dan doa. Yang maha esa semestinya ada perancangan yg lebih baik untuk kita.
      Iya. Ada pesakit yg mendapat zuriat selepas pemindahan sum sum tulang. Seperti yg sy katakan td, itu rezeki yg Allah beri. Alhamdulillah. Bulan September tahun lepas kami mengadakan program bersama menteri kesihatan dan ramai pesakit post Transplant yg join program ini dan berkongsi cerita. Ada yg sudah bekerja dan mempunyai anak..
      Mandul tu adalah salah satu komplikasi selepas proses kemoterapi. Tidak semestinya puan/cik tidak akan memperoleh anak. Usaha dan doa. Itu yg terbaik.

      Delete
    2. Terima kasih puan atas penerangan yang di berikan . Pada pandangan puan , berapa lamakan tempoh yang di ambil untuk pesakit wanita itu mempunyai kitaran haid yang normal ? Selepas setahun atau dua tahun transplant? Kebiasannya pesakit perlu tunggu berapa lama ya? Adakah period itu akan datang secara semulajadi atau dari bantuan ubat yang di berikan dari doctor

      Delete
    3. Ia bergantung atas individu. Jenis penyakit, kemoterapi yg diberikan. Side effect setiap kemoterapi itu berbeza. Setiap penyakit juga mempunyai Conditioning chemotherapy yg berbeza. Tp kebiasaannya selagi pesakit perlu mengambil ubat anti rejection, sebolehnya Dr tidak menggalakkan pesakit untuk mengandung.
      Kebiasaan kmi hanya galakkan period dtg semula jd dri memberi hormon.
      Boleh sy tnya puan sudah atau belum Transplant kaunselling?
      Jika belum insyaallah sy akan bercerita lg panjang nanti mengenai prosedur dan proses pre and post transplant. 😊

      Delete
  3. Saya nak tanya, kalau lepas buat transplant ni berapa lama masa yang diambil untuk badan kita recovery balik, contohnya untuk badan kita jadi normal balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia bergantung kepada bnyk faktor tir lain. Jenis transplant.. Sape penderma, umur, jenis chemotherapy,.dan bnyk faktor lain. Setiapiindividu berbeza. Kerana setiap penyakit mempunyai regime chemotherapy nya tersendiri yg melibatkan komplikasi yg berlainan. Better dtg untuk kaunselling jika diberikan tarikh oleh pihak kami 🤗

      Delete