ADAB DAN SUNNAH TIDUR
Setiap perkara yang ingin dilakukan sepatutnya dirujuk kepada sunnah Nabi s.a.w. Apa yang diamalkan dan diajar oleh Baginda s.a.w banyak mendatangkan kebaikan dari sudut rohani dan jasmani. Antara adab dan sunnah yang diamalkan oleh Baginda s.a.w ketika hendak tidur ialah:
- Mengambil wuduk sebelum masuk tidur, sembahyang sunat (ibadat yang merupakan sebahagian dari qiyamullail) dan disudahi dengan sembahyang witir. Apa yang disarankan ini menghendaki kita tidur dalam keadaan suci dan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Ini berdasarkan hadis nabi s.a.w "siapa berbaring di tempat tidurnya dalam keadaan suci (tidak berhadas) dan menyebut nama Allah s.w.t hingga dia benar-benar mengantuk, tidak berpaling satu saat pun dari malam itu yang dia memohon kepada Allah s.w.t akan kebaikan dari kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, melainkan Allah akan memberinya."
- Baginda s.a.w akan bermuhasabah sebelum tidur. Apa yang dimaksudkan di sini ialah mengira dan membanding-bandingkan antara kebaikan dan keburukan yang dilakukan sepanjang siangnya, kemudian beristighfar dari dosa yang dilakukannya. Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan samaada disedari taupun tidak.Jadi, bermunasabahlah dengan apa yang kita lakukan sepanjang siang itu, agar kita sentiasa peka dengan perlakuan kita, dan insaf dengan perlakuan tidak baik.
- Amalan ini akan membersihkan hati kt. sunnah ini disandarka kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, "siapa yang menbaca ketika berbaring ditempat tidurnya(yang ertinya), "aku meminta ampun kepada Allah s.w.t. yang tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya," Allah s.w.t. mengampuni dosa-dosanya sekalipun sebanyk buih di lautan."
- Membaca ayat kursi, surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas merupakan amalan baginda s.a.w. Sunnah ini disandarkan kepada satu hadis Nabi s.a.w. " Daripada Aishah r.a., bahawa Nabi s.a.w apabila berbaring ditempat tidurnya setiap malam baginda merapatkan telapak tangannya, kemudian baginda menghembusnya. lalu membaca : surah al-ikhlas, surah al-falaq. surah an-nas, kemudian menyapukan telapak tangan tersebut keseluruh tubuhnya sedapat yang boleh, yang dimulai dari bahagian kepalanya, wajahnya dan bahagian hadapan tubuhnya. Baginda melakukan sedemikian sebanyak tiga kali." (HR al-Bukhari dan muslim).
- Mengirapkan atau membersikan tilam dan selimut sebelum berbaring si atasnya, supaya bersih dari serangga dan selainnya. Kemudian berbaring dengan lambung kanan ke bawah, jangan menjulur kaki ke arah kiblat, kemudian berdoa dengan salah satu doa tidur. Sunnah ini disandarkan kepada hadis Nabi s.a.w, Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "jika salah seorang kamu berbaring dari tempat tidurnya, hendaklah dia (mengiarapkan) tilam itu dengan membalikannya, kerana dia tidak tahu apa yang ada di belakangnya, kemudian dia berdoa (yang ertinya), "dengan namaMu Tuhan. aku letakkan lambungku dan denganMu juga aku mengagkatnya. Jika Engkau menahan nafasku, maka kasihanilah dia dan jika Engkau melepaskannya, peliharalah dia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang soleh." (HR Bukhari dan Muslim)
|
tidur yang sihat melahirkan generasi yang cemerlang |
Wallahua'lam